Saturday, May 12, 2012

Siti Mahu Hiburkan Peminat di Jalanan Seperti Sudirman Haji Arshad



Penyanyi ternama bernama Datuk Siti Nurhaliza ini sudah memiliki segala-galanya - kemasyhuran dan kemewahan selama 17 tahun menakluk dunia seni tempatan dan Nusantara. Beratus-ratus anugerah dan penjualan album yang memberangsangkan semuanya terpahat kemas dalam direktori seni figura unggul ini. Pun begitu bagi Siti, sebagai anak seni istilah puas hati tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Selagi apa yang diimpikan dan rancangannya belum dapat direalisasikan, selagi itu Siti dia tidak akan duduk diam.

Mungkin impiannya kedengaran mustahil tetapi sebagai penghibur. Terkini petikan dari Utusan Siti mahu mencipta rekod sendiri dengan menghiburkan masyarakat dengan konsert yang akan berlangsung di jalan raya terkemuka negara. Mengakui mengambil inspirasi daripada kejayaan konsert terbuka Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Chow Kit, Kuala Lumpur lebih dua dekad lalu, tetapi kali ini Siti mahu menampilkan kelainan.

Kali terakhir penyanyi tersohor itu mengadakan konsert solo adalah pada tahun 2009 menerusi Konsert Eksklusif Satu di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Mengenai perkembangan lain pula, seperti mana yang pernah diberitahu sebelum ini, Siti kini sedang mencari bahan terbaik untuk album Melayu terbarunya. Untuk itu katanya, dia mengalu-alukan lagu daripada semua komposer tidak kira baru atau lama untuk menyumbang dalam album terbarunya itu.

Sambil menyatakan kekagumannya kepada lagu Terukir Di Bintang ciptaan dan nyanyian Yuna, Siti mahu album terbaru itu berkonsepkan muzik yang digemari oleh khalayak masa kini. Dalam masa yang sama, Siti memberitahu dia akan terlibat dalam sebuah projek album istimewa di mana ia akan dihasilkan dan diterbitkan sepenuhnya oleh karyawan muzik Indonesia.

Selain itu, Siti juga bakal berduet dengan penyanyi dan komposer antarabangsa, Richard Marx selain sedang berusaha mendapatkan khidmat Bruno Mars dan David Foster untuk album Inggeris keduanya kelak. Sambil memanjatkan kesyukuran, Siti menggambarkan usia 17 tahun itu umpama seorang gadis yang dalam proses kematangan sebelum menuju alam dewasa.

Siti juga berkata peminat-peminat beliau cukup hebat dan mereka sanggup bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada Siti. Itu adalah nilai yang cukup tinggi buat seorang penyanyi dan Siti amat menghargainya.

Sempat juga Siti berkongsi cerita tentang percutiannya ke Bogor, Indonesia bagi membuat kejutan buat peminatnya di sana pada hari ulang tahun pembabitannya dalam dunia seni ke-17 yang lalu.

Cerita Siti, saban tahun, ahli kelab peminatnya yang digelar SitiZoners akan berkumpul untuk meraikan sambutan ulang tahunnya sesama sendiri walaupun Siti tidak bersama mereka.

Lalu, apabila mereka berhimpun sekali lagi di Bogor, Siti merasakan adalah lebih baik untuk berkumpul sesama mereka.

Dengan bantuan pengurus peribadi yang juga kakak iparnya, Rozi Abdul Razak, Siti ke lokasi percutian tersebut bersama suaminya.

Pada sidang akhbar itu juga, Siti telah dikejutkan dengan kehadiran 17 peminatnya yang menghadiahkan penyanyi kesayangan mereka itu dengan dua biji kek istimewa sambil diiringi lagu popular Siti, Seindah Biasa.
 
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...