Sunday, May 20, 2012

Siapakah Kekasih Hati Black?

Penyanyi Black, 25, berkata dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang wanita yang baru dikenalinya dan perhubungan mereka itu masih lagi terlalu baru untuk didedahkan kepada umum.

Menurut Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, dia berasa bahagia dengan perhubungan yang baru terjalin selama dua bulan itu, namun belum memikirkan tentang soal jodoh lagi.

Pada tahun ini juga Black mahu fokusnya lebih ke arah membina karier, lebih-lebih lagi penyertaannya dalam pertandingan Versus yang disiarkan menerusi saluran TV9 itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam mengukuhkan kerjayanya itu. 

Dalam pada itu, Black juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru dalam masa terdekat ini, di bawah label syarikat rakamannya, Monkey Bone Records.
 
 
 

1 comment:

mama aini said...

ehem sedap suara black..mama suka..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...