Wednesday, May 16, 2012

Saiful Apek Terpaksa Lupakan Tuntutan RM 200,000 Terhadap David Teo


Tuntutan yang telah dibatalkan oleh Mahkamah pun Saiful Apek tak tahu! Apa cerita dan apa kesnya tu? Saiful Apek memberitahu bahawa beliau tidak tahu mengenai pembatalan tuntutan berkenaan kerana tidak dimaklumkan oleh peguamnya sebelum ini. Sebelum ni, Apek telah membuat tuntutan sebanyak RM200,000 terhadap penerbit filem David Teo dan terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Menurut Apek, dia ditawarkan berlakon dalam kedua-dua buah filem tersebut dengan bayaran RM100,000 sebelum ia dilaburkan semula untuk dijadikan sebagai kos pembikinan filem berkenaan. Dia juga dijanjikan pulangan keuntungan sebanyak RM200,000 atau 10 peratus sebagai penerbit bersama.

Bagaimanapun Mahkamah Seksyen, Shah Alam membatalkan tuntutan tersebut dan Saiful terpaksa akur dengan keputusan mahkamah dan beliau mungkin kurang arif tentang hal kontrak yang diberikan kepada beliau sebelum ini.

Tambah Apek, insiden itu membuatkan dia merancang untuk menjadi sukarelawan dengan menubuhkan Biro Kebajikan Eksklusif Masyarakat Artis dan Seni (KEMAS) bagi membantu para artis memahami tentang isu kontrak dalam sesebuah produksi.

3 comments:

nazayiena said...

Nak kena faham betul2 sblm sign sesuatu kontrak.....

dear anies said...

anggap la xde rezeki

dhiera zainudin said...

aik, xbace kontrak betul2 kot~

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...