Wednesday, May 16, 2012

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Tak Jadi Bercerai Pulak

Apa hal dan apa kes pulak Rita dan Aidil tak jadi bercerai ni. Itulah dikatakan dugaan yang hebat dalam hidup berumahtangga. Komunikasi amat penting untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah apabila berada di alam berumahtangga.
 
Menurut sumber rotikaya, dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang difailkan minggu lalu.

Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isterinya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal. Boleh pulak suami berkata kepada isteri camtu ye. Sebelum ke Mahkamah, langsung takde berkomunikasi ker? Sepatutnya suami lebih memahami isterinya.

Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan. Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.
 
Semoga Rita dan Aidil akan terus bahagia bersama anak-anak dan kekal hingga ke akhir hayat.
 
 
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...