Wednesday, May 16, 2012

Rezeki Aaron Aziz Dapat Tawaran Hos 'Fear Factor Asia'

Tahniah buat Aaron Aziz, udahlah menjadi Bintang Paling Popular di Malaysia, kini memperluaskan lagi empayar kerjaya seninya selepas ditawarkan menjadi hos rancangan realiti Fear Factor Asia (FFA).

Menurut Mstar, tawaran itu merupakan satu pengalaman baru buatnya walaupun pernah mengendalikan beberapa program televisyen (TV) sebelum ini di negara kelahirannya, Singapura. FFA yang dijadualkan akan memulakan penggambaran di Afrika Selatan pada Oktober depan.

Tambah Aaron, dia bukan sahaja perlu mengacarakan rancangan tersebut tetapi turut diberi tugasan untuk melakukan aksi-aksi lasak dan berbahaya selain menaruh kebimbangan jika tidak dapat melakukannya.

Sementara itu, Aaron berkata, kerjayanya pada tahun ini menuntutnya untuk bekerja di luar negara dan ia merupakan satu peluang yang dapat digunakan untuk bercuti bersama keluarga.

Selain itu Aaron juga akan memulakan penggambaran filem Dampak pada 18 Jun depan dan kemudian penggambaran filem Cicakman 3 pula yang akan menyusul.

Dalam masa terdekat juga Aaron akan ke Vietnam dan Korea Selatan dengan peminat sempena kejayaan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH).

  

2 comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...