Monday, May 14, 2012

Penyanyi Nurul Dah Mula Edarkan Kad Kahwin

Cantik dan menarik kad kawin yang dipilih oleh Nurul dan bakal suaminya. Nurul Wahab, 35, mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya sebanyak 200 keping kad bermula Isnin untuk majlis yang akan berlangsung pada 6 Jun depan di Duchess Place, Jalan Ampang, dekat sini.

Nurul dan bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, seorang warganegara Perancis akan melalui upacara akad nikah kira-kira pukul 11 pagi dan bersanding selepas majlis tersebut diikuti dengan jamuan makan tengah hari.
Menurut Mstar lagi, antara selebriti yang telah mengesahkan untuk menghadiri majlis berkenaan ialah Ning Baizura, Amy Mastura, Misha Omar serta beberapa tetamu VIP. Sebanyak enam individu telah sudi untuk menaja perkahwinannya nanti iaitu Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Jakel, Zaha Weeding Planner, Deqsha dan Duchess Place.

Nurul juga tidak mengadakan sebarang majlis resepsi sebaliknya keluarga pihak lelaki akan meraikan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis di Bali, Indonesia pada 14 Jun depan. Mesti meriah kan. Sambutan ala-ala orang Inggeris gitu..



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...