Tuesday, May 15, 2012

Pendedahan Lagi: Isteri Jimmy Shanley ditampar ibu sendiri



Gambar Hiasan...
Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

 Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.
“Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi,” terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat.

“Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.
“Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan,” katanya.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi ‘Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I’.

“Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja,” katanya.

Petikan Metro

*Sebuah kisah yang dah lama berlaku, kini berpanjangan di Mahkamah..didedahkan segala..kesian dengan anak dia nanti..kalau orang biasa berlaku macam ni..anak-anak pun tak tahu apa kes..


12 comments:

Kayu Manis said...

tak habis lg kisah diorg ni ye.

hai kesian.

pagi2 dah baca kisah sedih.

Cik mama said...

klu dah masuk dlm court ni, luar dlm sume akan terdedah, memg m'aibkan. klu dah tak suka tu lebih baik berpisah jerlaa..

dear anies said...

kan bgs kalu x kawen dulu kalu gini pengakhirannya

Jai Montana said...

aiyoo..mak sendiri pun sudah tampaq dia punya muka..hehhe

Kakzakie Purvit said...

Betapa pentingnya iman dalam hidup... Kalau berpegang pada iman tak jadi semua ni...

Kasih Salina said...

kisah sedih banyak..

Kasih Salina said...

cik mama..betul tu, lebih mengaibkan lagi bila sebelum masuk court..bunyi kes macam suam-suam kuku jer, bila masuk court rupanyer hot and spicy...

Kasih Salina said...

Khairin..dik yg ni mmg satu dugaan tak kira utk Jimmy atau siapa saja..

Jimmy mgkin bersedia dgn perkahwinan ni, atau boleh jadi ada sedikit pengaruh drp apa2 faktor..

Nampaknye..ini mmg tiada harapan dah..cuma jgn terlalu lebih sgt dlm court..kalau dh putus-putus lah..sebab tu Allah benci sgt dengan penceraian!

Kasih Salina said...

Jai..
biasa lah tu Jai..anak tengku mahkota..yg bakal jadi Sultan sebuah negeri pun kena tibai cukup2 masa kecik dulu..biasa jer mak atau ayah mana pun..kaya atau susah..yg membezakannya ialah pukul (atau tampar) mcm mana tu menurut agama atau hati?

mama aini said...

ehem..bila dah kemahkamah..semua cetita akan terkeluar..elok lepaskan segala2nya..cari je perempuan lain yg jauh lbh baik..

Kasih Salina said...

Kakzakie, betul tu kak iman tu tiang seri nya..

Kasih Salina said...

Kakzakie, betul tu kak iman tu tiang seri nya..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...