Monday, May 28, 2012

(Panas Lagi) Zed Zaidi Dimaki Hamun Kerana Ada Prinsip



Bawa bersabar...

Aku tau, siapa-siapa yang follow isu Zed Zaidi (ZZ) serang Aaron Aziz (AA), pasti tahu dah yang dia dah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013 pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Klang.

Dua calon lain tewas teruk dengan kehebatan ZZ ni dapat 152 undi, iaitu Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang memperoleh 9 undi dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Bekas Presiden penggal 2010/2011, Harun Salim Bachik tidak mempertahankan jawatannya pada penggal ini.

ZZ perjuangkan perkara yang Presiden sebelum ini tak perjuangkan? Kalau dia kata bukan semata-mata AA menang ABPBH hari tu, kenapa usul ni tak muncul selama berdekad? Presdiden sebelum ni tak buat kerja, tak amanah, tak pegang tanggungjawab sebaik ZZ? Adakah ZZ cemburu dengan kejayaan hanya segelintir artis luar atau hanya disasarkan kepada AA? Semua tahu AA dan Adi Putra menjadi top juga dalam filem keluaran anak-beranak syarikat perfileman terkenal Malaysia yang pernah menggaji ZZ dulu.

Artis luar, band luar, K-Pop dan segala...semuanya datang dan pergi, tapi dalam konsep perfileman orang seperti AA membawa duit masuk ke Malaysia, tinggal di sini, menginap di sini, berbelanja di sini dan memberikan keuntungan kepada produser di sini..di Malaysia. Bila produser untung barulah ada filem baru. barulah gaji pekerja produksi dapat dibayar lebih, ada bonus lagi.

Siapa artis luar di Malaysia yang ZZ nak sekat? Adakah nama-nama di bawah ini memang dah top dan kaya-raya di Singapura sebelum datang ke Malaysia.

- M. Nasir 
- Allahyarham Rosli Khamis (Loloq)
- Adi Putra
- Aron Aziz
- dan lain-lain

M. Nasir
Allahyarham Rosli Khamis

Jawapannya tidak! Semuanya termasuk AA pun mula dari bersusah payah. Bukan AA datang sini dan bawak nama yang gah dan terus menang.

AA masa muda, bukannya badan macam sekarang
Mereka ini datang dari nama sekecil nama Zed Zaidi suatu masa dulu juga. Mereka ini bukan datang dan pergi begitu saja. Mereka menyumbang kepada kerancakan dunia hiburan dan perfileman, mencurah ilmu dan berkongsi kepakaran, menjadi tunjang kekuatan sesebuah filem dan drama...lihat siapa anak didik M. Nasir, apa sumbangannya, lagu dan liriknya memukau tapi membawa nama Malaysia! Kolaborasi dengan Allahyarham Rosli Khamis (atau Loloq) sentiasa meletup. Kebanyakan yang datang dari Singapura adalah bermula dari seorang pencari rezeki yang biasa-biasa sahaja, bukan seorang bintang pun. Berbeza dengan artis Indonesia yang datang ke sini (terutamanya band-band) yang telah popular di sana dan ke sini untuk berkolaborasi atau mengadakan konsert mega. Kenap itu tidak ditegah?

Kita sedang menuju negara maju, sebenarnya bertuah apabila Malaysia (dalam kebanyakan negara ASEAN) menjadi pilihan artis-artis luar terutamanya yang berasal dari Singapura. Dalam banyak hal kita sebenarnya terkebelakang berbanding dengan negara jiran itu. Jadi bagaimana persepsi Barat atau negara lain yang lebih kenal 'Singapore' daripada 'Malaysia' dapat tahu beberapa rakyat Singapura berjaya dengan acuan perfileman di Malaysia (yang pada masa kegemilangan dulu berasal dari Studio Jalan Ampas, Singapura). Bukankah itu satu kejutan!

Studio Jalan Ampas

Fikirlah, apabila kita menjadi semakin membangun dan untuk maju, maka segala bidang tidak terlepas dibanjiri 'pekerja asing' sama ada secara izin atau tanpa izin. Lihatlah di sektor perladangan malah pertanian juga sudah lama dikerjakan oleh warga luar seperti Indonesia dan Bangladesh. Di sektor perkilangan, pembinaan (hartanah), makanan, peruncitan, gerai tepi jalan juga semakin ramai warga asing yang pastinya ZZ sering nampak di kota sebesar Kuala Lumpur itu. Negara akan maju maka beginilah. Ekonomi kian makmur maka macam tu lah. Lihat negara lain yang lebih maju, termasuklah Singapura sendiri, berapa ramai warga asing yang mencari rezeki di sana (termasuk rakyat Malaysia) kesan daripada limpahan ekonominya. Malah US sendiri pun telah mengalami isu pendatang ini ratusan tahun dulu berbanding kita kerana mereka telah maju lebih awal lagi.

Cuma, pandai-pandailah ZZ bersuara dalam hal ini atau dalam usaha untuk menjaga kebajikan artis Malaysia. Renungkanlah ayat saya di perenggan atas. Adakah AA datang ke Malaysia dengan membawa segala bintang yang ada untuk mengaut untung di Malaysia. Siapa yang untung sebenarnya, AA atau produser? Kita amati dulu kelebihan apa yang kita peroleh daripada artis seperti AA ke Malaysia, bukan ramai sangat pun. Lagipun belum tentu artis Singapura lain akan berjaya sampai tertutup terus periuk nasi artis di Malaysia. Artis kita perlukan saingan untuk berusaha lebih kuat lagi. AA datang ke Malaysia pun bukan mudah.

Bawah ni aku lekaplan nasihat AA:

**Nasihat Aaron Aziz

Niat itu penting
Ada orang tanya, macam mana saya boleh berjaya seperti sekarang kerana dia pun nak kejayaan yang sama? Bila saya dengar hal ini, saya rasa orang itu tidak akan berjaya. Saya ke KL kerana saya nak kerja, cari rezeki keluarga. Populariti adalah satu bonus. Tak popular pun tak apa, asal rezeki masih berterusan.

Jangan lupa diri
Jangan sangka anda hebat… kerana selepas satu projek selesai, belum tentu anda dapat projek seterusnya. Anda kena kenal hati budi orang. Kena pandai jaga pekerti dan bawa diri.

Berbakat
Anda harus sentiasa memperbaiki diri juga. Berendah diri, biarpun nama sudah popular dan menjadi rebutan penerbit.

Berkawan dengan orang biasa
Kawan-kawan yang bukan golongan peminat atau artis, merupakan kawan yang boleh saya harapkan untuk membantu saya kala susah. Mereka tiada kepentingan dan biasanya mereka tolong kerana dasar peri kemanusiaan, bukan kerana kita orang selebriti popular.



1 comment:

Mizz ErMa said...

eh? m.nasir pon org singapore ke? xtau la pulak..hehe tp kes yg zz serang aa nie, sy ada follow jgk kat beautifulnara..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...