Friday, May 11, 2012

Model Lexus RX Idamanku



Lexus Malaysia ada memperkenalkan versi terkini model yang dipertingkatkan dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah itu. Model itu menyumbang kepada 32 peratus jumlah keseluruhan jualan Lexus di Malaysia, menjadikan RX sebagai model Lexus paling popular dan SUX paling laris dalam segmen SUV mewah besar dengan penguasaan pasaran sebanyak 35 peratus.
Sempena pelancaran itu, Lexus Malaysia mengambil peluang meluaskan pilihan kepada empat model terbaharu.
Model baharu yang menarik ialah Lexus RX350 F SPORT, ikut sama tiga varian sebelum ini yang dah lancar awal2 macam Lexus RX270, Lexus RX350 dan Lexus RX450h.

Lexus RX270 kalau nak tau dorang jual pada harga RM359,800, Lexus RX350 (RM399,800), manakala RX350 F SPORT dan hibrid RX450h, masing-masing berharga RM409,800 dan RM525,000...(tutup mulut, jangan ngaga luas-luas)

Paling murah boleh capai pun dah cecah lebih 300k..mak aii..ternganga aku yang bukan usahawan jaya buat masa ni...itupun model RX270 seperti gambar kat bawah ni...

Aku target yang nih..putih yang gebu



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...