Monday, May 7, 2012

Menu Rakyat 1Malaysia, Makan Tengah Hari Cuma RM2.50



(Gambar Sebenar): Nasi Campur, lauk aku makan tengahari tadi...memang best!

Sana-sini sibuk pasal MR1M atau Menu Rakyat 1Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri pun ada. Malah sampai ke dalam kampus IPTA seperti yang baru-baru ini dihebahkan dalam akhbar.

Okay menu di atas adalah makan tengahari untuk hari ini (Selasa 8 Mei 2012). Lauk yang aku pilih ialah ayam masak sambal, 3 ekor udang goreng rempah saiz sederhana, dan sayur sawi. Kosnya cuma RM2.50 termasuk minuman! Eh biar betul..ada udang pulak tu..kat KL, Penang, JB sampai pengsan tak jumpa menu 1Malaysia macam ni. Dalam suratkhabar diwar-warkan makan tengahari termasuk minuman RM4, manakala sarapan pula RM2. 

Kos aku makan tadi kalau kedai biasa (bukan di bawah Program MR1M):
Ayam - RM2.50
Nasi putih - RM1
Sayur - RM0.50
Udang - RM2.50
Minuman Sirap - RM1.00
Total - RM7.50


Kalau di bawah Program MR1M:
Mungkin jadi RM6.00 (tak mungkin MR1M akan buat lebih daripada RM4 kan?)

Jadi...macam mana aku boleh makan tengah hari cuma RM2.50?
Tak sia-sia aku makan kat sini dapat tarik perhatian orang untuk mencuba menu 1Malaysia macam ni. Boleh bawa makan kat pejabat lagi, atau kilang, bank atau sekolah, pusat asuhan..terpulanglah kat mana korang bekerja.

Asalkan korang Rajin Masak dan Ada Sedikit Kemahiran Memasak..maka SEMUANYA jadi Menu Rakyat 1Malaysia..jauh lebih murah daripada harga program MR1M yang dihebahkan sedangkan lauk dalam pakej MR1M tidaklah gah seperti lauk yang aku makan tengah hari tadi...

Selamat Menjamu Selera!





15 comments:

inazamri said...

haruslah bijak kan..so rajin2 masak.

Rozuan Ismail said...

masak kat umah lagi jimat.tapi kalau nak makan kedai, pilihlah menu rakyat 1 malaysia

KhaiRin : anies said...

nk msk tu alahai...kn mood mls..mmg beli la jwb nyer

fiza said...

perghhhhhhhhhh...sedap jerk menu tu...terliur i...

kalau kt sini mkn tengahari utk 2 org paling murah pun RM 15...tu pun lauk biasa2...itulah harga yang perlu dibayar apabila duduk di bandar besar...

ainnoraini said...

Kakain mkn kat kantin jer.. Harganya pun tak la mahal sgt pun..

Deru Ombak said...

Salam Salina...

Agak2nya yang RM2.50 tu sama tak dengan lunch Salina tu. Staff di opis akak, boleh dikatakan rata2 bawak bekal. Mcm dah jadi trend. :)

TF said...

kalau masak sendiri memang puas makan akak kan..tapi kalau keje tak sempatla..so makan luar..tapi harga tengok jugak lauk kita pilih..kadang mahal jugak

..::..aRe-Na..::.. said...

waaa..nmpk sedap dh tuhh..hihi

~ Cik Azz ~ said...

Hari tu akak makan kat kedai.. Lauknya cuma sayur togeh dan nasi separuh dan air suam.. Kena caj 2 hengget.. Tapi tu kedai makan biasa la, bukan yang 1Malaysia punya..

Masa kerja dulu, mmg akak selalu masak dan bawak bekal.. Tak mampu nak beli je hari2.. Mahal, tak berbaloi dgn gaji yang ciput ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

sedap2.. masak sendiri lagi best & berkat.. ;-)

syiela said...

harusla kena bijak dan berjimat zmn sekarang ni

saya selesa masak je kat rumah.. siap berperang ngan anak2 kat dapur huhuhuhu

tak pernah mkn lg kat kedai 1 msia

Kakzakie said...

Kalau itulah harganya memang murah sangat. Kalau tempat kakak nie ada yg macam tu sah-sah kakak tak nak bawa bekal...

Salina tahu tak kakak tiap hari bawa bekal - kadang masak kat office tau.

Nazayiena said...

Murahnya mkn tengahari kat sini....

kakcik said...

Betul... kalau nak murah, rajin2lah masak sendiri. :)

Acik Erna said...

assalam salina..dulu acik pun bawak bekal..sekarang tak rajin dah bawak nasi..kadang luch..kadang2 acik makan biskut je.balik petang baru makan..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...