Monday, May 14, 2012

Manchester City Juara Liga Perdana Inggeris


MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam lebih empat dekad.

Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.

Dalam perlawanan dramatik, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan.

Gol pertama Manchester City dijaringkan oleh Pablo Zabaleta.

Pengadil memperuntukkan waktu kecederaan tujuh minit. Edin Dzeko dan Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan.

Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik ketika pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) bersiap sedia untuk meraikan gelaran buat kali ke-20 selepas ia menewaskan Sunderland 1-0.

Bagaimanapun impian itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City pada waktu kecederaan.

Keputusan kesemua perlawanan hari ini:

Man City 3 - 2 QPR
Sunderland 0 - 1 Man Utd

Chelsea 2 - 1 Blackburn
Everton 3 - 1 Newcastle
Norwich 2 - 0 Aston Villa
Stoke 2 - 2 Bolton
Swansea 1 - 0 Liverpool
Tottenham 2 - 0 Fulham
West Brom 2 - 3 Arsenal
Wigan 3-2 Wolves
 
 

2 comments:

Norzie said...

Hubby mmg peminat fanatik bola.Sis jarang ambil tahu pasal2 bola ni...kureng minat.

Jo-Blogger said...

yes pasukan ku menang jgk juara..sy singgah sini mnelawat.

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...