Monday, May 14, 2012

Manchester City Boleh Menang EPL 3 Bulan Awal



Carlos Tevez, lari dari United
Manchester City sebenarnya tak perlu tunggu sampai masa kecederaan untuk menang ke atas QPR semalam dan sekaligus menjadi juara EPL musim ini. Sepatutnya, City boleh mengesahkan kejuaraan lebih awal, mungkin sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal kalau tak kerana Carlos Tevez bawa diri lari ke Argentina selama 3 bulan sejak November 2011. Memang lah Tevez bukan segala-galanya, tapi dalam pasukan City ni..Tevez adalah striker yang paling berpengalaman dan mampu mencetak banyak gol.

Pengurus City, Mancini pernah cakap macam ni:

"Carlos can change a lot of games. If he comes back next week, maybe he can help us in the last three months. I don't know if he is in good condition or not. I don't think so because he hasn't played for four months. But Carlos recovers strength very quickly."

Tevez layan golf ketika bercuti panjang..

Manchester City muncul juara Liga Perdana Inggeris semalam dalam perlawanan terakhir musim 2012 yang penuh dramatik.

City meledakkan dua gol dalam masa kecederaan ketika bangkit mengalahkan Queens Park Rangers 3-2, sekali gus menjulang gelaran liga buat pertama kali dalam tempoh 44 tahun.
Manchester United yang turut melakar kemenangan 1-0 di Sunderland bagi menamatkan saingan dengan pungutan mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Edin Dzeko dan Sergio Aguero muncul wira City, apabila meledak gol pada masa tambahan bagi membantu pasukan mereka meraikan kejayaan di Eastlands.
"Menang seperti ini, ia cukup luar biasa. Saya tidak pernah menyaksikan perlawanan terakhir sebegini rupa. Selepas 44 tahun, saya dedikasi kemenangan ini kepada semua penyokong setia kami," kata jurulatih City, Roberto Mancini. AFP



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...