Thursday, May 17, 2012

Liverpool Akhirnya Pecat Kenny Dalglish


Lagenda yang kecewa...
Terkejut aku, lagenda seperti Kenny Dalglish telah dipecat sebagai pengurus Liverpool, hal ni dah disahkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris Liverpool awal pagi tadi waktu Malaysia.
Walaupun dah menjangkau usia 61 tahun, sebenarnya dia masih larat lagi membawa Liverpool menjuarai Piala Liga serta saingan akhir Piala FA.
Namun Liverpool di bawah kendaliannya hanya dapat menamatkan saingan di tangga kelapan Liga Perdana kurang 37 mata di belakang juara baru Manchester City.
Malah prestasi Liverpool juga dianggap kurang memuaskan selepas berbelanja besar untuk pemain baru musim lepas dan Dalglish turut dikritik kerana mempertahankan Luis Suarez selepas penyerang Liverpool itu didapati bersalah atas tuduhan hinaan berbentuk perkauman ke atas pemain Manchester United, Patrice Evra.
Dalglish berlepas ke Amerika Syarikat pada Ahad lalu untuk membentangkan laporan akhir musim kepada pemilik kelab tersebut, John Henry dan pengerusi, Tom Werner yang sebelum ini mempertahankan legenda Liverpool itu. - Sumber AFP/ Ubahsuai sikit...

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...