Friday, May 11, 2012

Liverpool FC New Kit 2012-2013


Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool FC semalam melancarkan jersi baru mereka oleh Warrior Sports bagi musim 2012/13 Liga Perdana Inggeris. Menurut kenyataan rasmi kelab itu di liverpoolfc.tv, ia juga menandakan permulaan kepada perjanjian enam tahun bernilai 25 juta pounds (RM125 juta) setahun untuk LFC, sekali gus rekod terbesar dalam Liga Perdana. Warrior Sports, adalah firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih dari adidas sebagai pembekal pakaian rasmi kelab berkuat kuasa 1 Jun ini.
Warrior adalah jenama yang dikenali di AS sebagai pengilang alat dan pakaian sukan bagi hoki ais dan dengan LFC, merupakan kontrak bola sepak terbesar pertama baginya.
Liverpool menjual kira-kira sejuta jersi di seluruh dunia setiap tahun dan kontrak bersama Warrior Sports adalah lebih dua ganda berbanding 12 juta pounds setahun yang dimeterai bersama adidas.

Pre-order seluruh dunia untuk jersi terbaru ini boleh dibuat sekarang dan dijamin akan dapat pada hari pelancaran iaitu pada 1 Jun 2012 nanti. Untuk tempahan sila ke Liverpool FC Official Online Store.

Steven Gerrard beraksi dengan jersi terbaru untuk musim depan



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...