Saturday, May 19, 2012

Lan Kristal Teruja Menanti Kelahiran Anak Kedua



Setelah tiga tahun bersama, Mohd Razlan Mohamed Yusof atau Lan Kristal berkata, dia bersyukur kerana rumah tangga yang terbina semakin tersergam indah. Malah, ia makin berseri dengan kehadiran puteri sulong mereka, Nur Amna Qaleesya yang sudah berusia 1 tahun 10 bulan.

Menurut Sinar Harian, Lan dan isteri, Shiela sangat beryukur mereka bakal dikurniakan seorang lagi puteri tidak lama lagi. Sebenarnya memang kami mengharapkan anak lelaki, bagaimanapun semua ini telah ditentukan Allah S.W.T, sama ada lelaki atau perempuan, kami terima sahaja.

Berbicara mengenai masa hadapan anaknya, Lan berkata, sebagai seorang ayah dan juga anak seni, dia tidak pernah menghalang sekiranya anak mereka memilih bidang yang sama. Setiap ayah dan ibu mahukan anak mereka berjaya. Cuma, bidang apa yang dipilih, kita tidak tahu. Saya juga perlu melihat perkembangan anak anak terlebih dahulu, sekiranya mereka cenderung ke arah bidang seni, pasti saya memberikan sokongan. Lan juga akui sering sibuk dan jarang mempunyai waktu untuk bercuti dan membawa keluarga bergembira.

Sementara itu, Shiela berkata, walaupun masa mereka banyak dihabiskan untuk berkerja, namun dia sedar, apa yang dilakukan adalah demi masa hadapan anak-anak dan rumah tangga mereka. Menurut pasangan bahagia ini, mereka bersyukur kerana ibu dan bapa Shiela turut membantu menjaga anak mereka. Dalam perkembangan lain, selain sibuk urus persediaan konsert di Singapura minggu ini, Lan dan Shiela juga baru sahaja membuka sebuah lagi syarikat baru mereka.

1 comment:

Hudalatip said...

Baguslah, tahniah untuk mereka berdua..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...