Tuesday, May 15, 2012

(Jutawan Senyap) Peniaga Pasar Malam Paling Berjaya



*Jika anda rasa info ini sangat menarik dan memberikan inspirasi kepada anda..sila tekan SHARE

Peniaga Nasi Ekonomi ini (bertudung ungu) menjual nasi pada harga cuma RM2.00 sebungkus
(yang bertudung hitam tu, aku lah..)
Ada tiga periuk besar lauk ayam masak merah, kari ayam dan daging masak hitam..
Kakak ni antara peniaga pasar malam di tempat aku yang paling berjaya. Bisnes modelnya cukup mudah, dengan memperkenalkan nama Nasi Ekonomi (bukan nasi putih yer) pada harga cuma RM2.00 sebungkus. Pilihan lauk ada ayam masak merah, kari ayam dan daging masak hitam.

Setiap periuk besar (seperti dalam gambar tu) ada lebih kurang 150 ketul ayam dan hirisan daging.

 Harga Nasi RM2.00 (Nasi + 1 lauk)..kalau lebih lauk pun boleh, harga kira lain.
Ada tiga periuk x 150 ketul ayam/ hirisan daging = 450 
450 x RM2.00 = RM900 (untuk satu malam)
SEWA TAPAK = Majlis Daerah cuma ambil RM2.00 semalam!

RM900 x 20 hari (dalam sebulan) = RM18,000! (jualan sebulan)
Pendapatan bersih RM10,000 sebulan!

Waktu perniagaan = 5.30 petang-9.00 malam (kadang-kadang pukul 8 malam dah berkemas balik)..ini baru di pekan Changlun yang kecik sangat ni.

Inilah salah seorang contoh yang dipanggil oleh Chef Li (penulis buku tersohor buku motivasi 'Jutawan Senyap), yang kita nampak tak ada kelas, pakai pakaian biasa je, lokasi pulak di pasar malam jer...nah ini contohnya!





29 comments:

Aine Ainun said...

Murahnya...

Kalo x berkira, harga berpatutan,
murah rezeki

Unknown said...

kalau berniaga dengan jujur memang Allah akan tolong kita. rezeki tu ada kat mana2

Kasih Salina said...

Yer AA, harga tu kira murah sebab nasik dia sukatan biasa jer..lauk ayam tak besar sangat tapi padan lah..sebab tu kos dia separuh atau lebih 50%..biasanya jual nasi ni kos penjual 40%..sebab pengalaman sendiri

Kasih Salina said...

Rozuan - ya, itu keberkatan yg dicari..jika tempat tu padan dengan kos, maka sesuaikan dengan kos..

selepas tu, 'words of mouth' akan memainkan peranan..tak perlu gerai atau restoran 1Malaysia..semua boleh rasa

sekadar satu coretan said...

rezeki diarangkann...
lagi la kalau tak berkira sangat..lagi ramai pelangan..

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Salina...
Bijak cek Puan ni Salina... Walaupun murah, volume tinggi.
Sesiapa yang Balkan lauk lebih, itu dah Kira bonus. Mmg sgt bijak. Tapi di shah alam kak taktau boleh jual semurah ini atau tidak...

Kasih Salina said...

ain, yer memang tak berkira..lagipun nasik dia bungkus bila ada org nak lauk itu lauk ini..tak macam peniaga lain..biarkan nasik dan lauk terdedah dalam polistrin..bila kita nak makan, terasa nasik tu keras (sebab berangin)..tak sedap jadinyer..kebersihan pulak diragui bila terdedah..

Kasih Salina said...

Yer kak, kt Shah Alam mungkin boleh try basic biz model dia..cthnyer:

1. jgn bungkus nasik siap2 dlm polisterin
2. Jual nasik dan lauk sajer..sayuran x payah (x semua mkn salad dlm nasi ayam pun)
3. harga kt shah alam mungkin 2.50 saya rasa patut boleh dah..

lagipun akak ni tapak dia kat line 2 celah-celah oarng tak nampak..kalau dia duk kat line satu yang laluan utama org jalan kaki..memang basuh periuk awal akak ni..

Jai Montana said...

pergh..steady la mak cik ni... ;-)

Unknown said...

As salam Salina,

Saya ada buku juwatan senyap tu... But, sometime in real life it's not as easy as on paper...

Apa2 pun bak sabda Rasullullah SAW 9/10 rezeki dtgnya dr berniaga... Sangat kagum dgn peniaga picisan macam ni, lg2 melibatkan dgn kaum wanita ni...

Income RM 900 semalam - sewa tapak hanya dpt untung kasar... tak tolak modal bahan2 mentah serta pengangkutan serta lain2 lg... Bersih rsnye adalah dlm RM300 - RM 500 semalam... Sebulan ada rsnya dptlah min RM7500 (RM300 X 25hari)... Wow!!! :)))

syiela said...

untungkan... dan amatlah murah harga nasi tu... mesti tiap malam cuci periuklah tuannya

wahida said...

wow!! hebatnya wanita ni...dia mmg bijak...

semoga dia terus maju jaya...

AQ Eyfa said...

sye mmg rajin dtg cni..tpi sbb blog akk xde shoutbox..so xde la tgalkan jejak..hehehe..best blog nih byk info & mcm2 citr..gud akk.

Kasih Salina said...

Jai, akak tu (atau Makcik..ikut ler umur korang berape)..memang steady..diam2 ubi berisi..

nampak jer mcm tu, tapi hati senang..dia baik owhh..layan karenak customer nak kuah itu ini..jap nak tu jap nak ni..dia senyum jer

Kasih Salina said...

Marya, yup saya sokong tu, life ni satu realiti, jika pegang pada teoritikal saja memang tak menjadi, so ini salah satu caranya, ambil iktibar dari kejayaan dan kegagalan org lain..

mana biz model yg menjadi kita buat yg sama, atau sedikit kelainan dan pastikan ada perubahan..mcm tu lah saintis tersohor, ilmuwan ulung dari Barat bahkan Ilmuwan Islam juga mencipta, memperbaiki sesuatu dari benda atau perkara yg dah ada..kita ketengahkan mana yg terbaik..

*psstt..akak tu tak baca buku Chef Li boleh berjaya..so yang dah baca tu at least dpt tahu ada juga insan di pasar malam yg berjaya..

Kasih Salina said...

syiela..cuci periuk tu sudah pasti..hhi

Kasih Salina said...

wahida..Insya-Allah doa yg baik akan sampai

Kasih Salina said...

Chenta Eyfa Najibrz - wah panjang nama..nk panggil aper ni?
thanks follow akak..dan selalu jenguk..

biasanya yg hasil ilmu, idea, olahan, cerita, garapan sendiri akak buat macam sticky post kt atas sekali (sbb tu tarikh posting macam 2-3 hari akan datang)..supaya org yag termiss akan dpt baca lagi selepas tu..

mama aini said...

assalam salina..murah sgt harganya kan..bangga atas kejayaan beliau..

Kasih Salina said...

hai mama..yer memang murah, tak nafikan harga padan..
sebab tu blh dpt jualan tinggi..

pet said...

waa.. murahnya :)

Kasih Salina said...

haa..tau pun, hehe

Unknown said...

Murah. Harga yang berpatutan :)

Kasih Salina said...

Aha..betul, berpatutan dan sedap..kalau tak sedap org tak dtg banyk kali

Nyue said...

sedap, harga berpatutan mmg la ramai pelanggan masuk...rezeki pon kian bertambah laa

Aree Tone WoW said...

Bestnya niaga kat Pasar Malam ni..hebatkan ..apa kata jom ramai-ramai kita niaga kat Pasar Malam...

sarinahrusly said...

Siapa yg blm cukup semangat utk bisnes d psr mlm beli buku jutawan senyap dulu

sarinahrusly said...

Siapa yg blm cukup semangat utk bisnes d psr mlm beli buku jutawan senyap dulu

SEGAR said...

Please visit www.linktech. asia

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...