Tuesday, May 1, 2012

Isteri Jimmy Tawar Hak Penjagaan Anak Secara Bersama



Mahkamah Tinggi Syariah telah menetapkan 11 Jun ini untuk mengetahui sama ada pengacara, Jimmy Shanley bersetuju atau menolak tawaran hak penjagaan anak secara bersama yang dikemukakan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man menetapkan tarikh itu selepas Nursuhaila, 26, yang sebelum ini mengemukakan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak), bercadang supaya hak penjagaan itu diberi sama rata dengan cara bergilir-gilir setiap minggu.

Menurut Mawardi, kedua-dua pihak perlu berbincang dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik dan adil.

''Halusi tawaran ini dan saya harap kedua-dua pihak boleh berbincang. Ini adalah hasil perkongsian hidup antara dua insan, kalau boleh biarlah masing-masing berpeluang membesarkan anak,'' katanya.
 
 
 
 

4 comments:

mama aini said...

ehem baguslah jika mereka berbincang secara baik..anak itu tidak bersalah..hu2x..

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

itu yg sebagus2nya.sekurang2nya anak 2 dapat kasih syg ibu bapa

Eera Shera said...

bagus la cadangan tu..sian anak kecik lg dah dok asing dr mak ayah

NzA said...

bila la kes depa nk selesai...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...