Tuesday, May 15, 2012

Dr M Ramal Pilihanraya Umum Lepas Raya Aidilfitri

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meramalkan tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya ialah pada pertengahan September – selepas masyarakat beragama Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menetapkan tarikh pilihan raya itu, katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Petanda yang diperhatikannya kini memihak kepada BN, namun terpulang kepada keyakinan Najib sama ada perdana menteri itu akan mencapai objektifnya, katanya.

Objektif Najib kini adalah meraih semula majoriti dua pertiga BN, namun cabaran itu tidaklah begitu sukar seperti dalam pilihan raya 2008, katanya.

Malah, sekiranya pilihan raya diadakan pada Jun sekalipun, beliau percaya BN akan berpeluang cerah.

Beliau juga mendakwa pembangkang tidak yakin dengan peluang untuk memenangi Putrajaya melalui pilihan raya.

Oleh sebab itulah pembangkang cuba mencetuskan kebangkitan rakyat seperti di Dataran Tahrir semasa perhimpunan BERSIH 3.0 lalu, katanya. Baca Selanjutnya di Malaysiakini.


3 comments:

caliph shuriken said...

elok jgak tarikh tu klau sblom puasa atau selepas raya...

Kasih Salina said...

maknanya PM nk bagi duit raya dulu kot..? hehe

mama aini said...

ehem..lagi cepat kan bagus..ha2x..tak sabar mama nak mengundi..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...