Monday, May 14, 2012

Doa Untuk Anak


Doa Untuk Anak

Jika kita sebagai anak, patut berdoa untuk ibu dan bapa kita untuk kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat kelak.
 
Begitu juga dengan ibu atau bapa, mempunyai kelebihan doa mereka dimakbulkan Allah untuk anak-anak mereka.

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
 
Anak-anak juga memerlukan keberkatan dan sifat kasih dan sayang kedua orang tuanya agar hidup mereka tidak terumbang-ambing di dunia ini. 

Berikut ini adalah panduan doa pilihan untuk anak-anak.

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:
Surah Ibrahim ayat 40-41
 

Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"

Doa mohon keturunan yang soleh, penyenang hati dan menjadi orang yang bertakwa
Surah al-Furqan ayat 74

Ertinya"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri dan keturunan kami menjadi penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa"

Doa anak taat kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128)
 

Ertinya " Wahai tuhan kami, jadikanlah kami berdua ini orang yang patuh dan berserah diri kepadaMU, dan jadikanlah di kalangan keturunan kami umat yang patuh dan berserah diri kepadaMU, serta tunjukkanlah kepada kami syari'at cara-cara ibadah haji kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang."




No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...