Friday, May 25, 2012

Batu, Telur, Botol Dilempar Di Ceramah Anwar

Batu, telur dan botol air dilemparkan ke arah orang ramai semasa ceramah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pantai Dalam, malam Khamis, mencederakan seorang warga emas dan seorang gadis berusia 12 tahun.

Warga emas cedera di bahagian dahi, manakala gadis itu patah pergelangan tangan.

Kedua-dua mereka diberi bantuan perubatan, kata Setiausaha Politik kepada Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebuah kereta yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad yang diletakkan di sepanjang jalan, telah dikelar tayarnya.

Terdahulu, apabila Nurul Izzah berucap, elektrik terpadam, katanya.

"Tetapi lontaran bermula apabila Anwar mula berceramah," katanya.

Fahmi berkata Nurul Izzah akan membuat laporan polis sebelum sidang akhbar pada tengah hari yang akan diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pada Jumaat.

Ini adalah kali ketiga bahawa majlis Pakatan Rakyat terganggu.

Hujung minggu lalu, insiden yang sama berlaku di Merlimau dan Melaka. (Mstar)
 
 

2 comments:

ftdanisha said...

mental ke ape org yg menggangu cermh ni..org len cermh xnk lk kacau..pelik ngan perangai manusia skrg ni

mama aini said...

ehem..mama & hb kurang berminat dgn politik..hu2x..mcm2 kisah politik skrg ni..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...