Sunday, May 6, 2012

Apa Kata dan pesanan Che Tom kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)



Sudah pasti ramai yang dah mengenali wajah ini jika memnonton Buletin Utama Tv3 malam tadi. Sedih bila melihat wajah yang dah uzur dan berkali-kali menitiskan air mata. Apa kata yang tak sempat tonton buletin utama malam tadi dapatkan senaskah Mingguan Malaysia hari ini untuk mengetahui apa kata dan pesanan Che Tom kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

SELAMA 14 tahun mulutnya ‘dikunci’ kemas daripada membicarakan tentang anak keempatnya, Azmin Ali.

Tetapi tiba-tiba pada Jumaat lalu Che Tom Yahaya seakan memiliki kekuatan entah dari mana untuk meluahkan segala isi hatinya.

Dalam nada sebak dan pilu, ibu kepada Ahli Parlimen Gombak itu melahirkan rasa cukup kecewa terhadap Azmin yang menurutnya sudah jauh berubah.

Ini termasuk tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menjenguk ibunya sejak lapan bulan lalu di sebuah rumah berbentuk ala Minangkabau di tepi lebuh raya Kampung Klang Gate Baru, Taman Melawati, Selangor.

Che Tom yang kelihatan tidak sihat kerana diserang pelbagai komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi dalam usia menjengah 78 tahun kelihatannya mengharapkan sesuatu.


Sumber: Utusan


2 comments:

ainnoraini said...

Ada tengok kat tv tadi...
Tiba2 jadi sebak...teringatkan mak yg sebaya mcm ni...

mama aini said...

ehem..hati seorg ibu...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...