Friday, May 11, 2012

Baca Surah Taha Ayat 1-5 Untuk Lembutkan Hati Anak Degil, Suami Panas Baran & Pasangan Bermasalah



Salam Jumaat Semua..

Dunia yang semakin mencabar dan seringkali kita diuji dengan pelbagai masalah sama ada dugaan dari anak-anak, suami yang panas baran & lalai dengan tanggungjawab yang mana sudah pasti akan merumitkan kita dan besar kesannya kepada kehidupan berumahtangga dan seterusnya akan melahirkan anak-anak yang biadap dan kurang ajar. 

Suka saya nak kongsikan di sini petikan dari blog Resepirahsiaku. Ini merupakan KISAH BENAR iaitu seorang isteri yang akan diceraikan, dan suaminya ingin berkahwin dengan wanita lain (kekasih baru) dan Isteri tersebut telah mengamalkan Surah Taha, ayat 1-5 ditiupkan pada wajah suaminya ketika tidur serta melakukan beberapa perkara termasuk membaca surah ini ke bahan minuman dalam bekas seperti serbuk kopi/teh/gula selepas solat asar.

Dengan Izin Allah swt, usaha si isteri berhasil atas tawakal beliau kepada Allah SWT dan telah melenyapkan hasrat dan impian suaminya itu. Alhamdulillah, kini rumahtangga mereka telah kembali aman dan bahagia seperti dahulu.

Cara untuk mudah memahami sila lihat video di bawah. Surah Taha adalah yang paling mujarab untuk melembutkan hati manusia yang keras kerana Saidina Umar Al-Khataab r.a yang paling keras hati, panas baran, memusuhi Nabi SAW dan agama Islam tewas dan cair hatinya apabila membaca surah ini.
 





No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...