Thursday, May 10, 2012

Pihak Pasaraya Lupa Buang Harga Promosi Tapi Kita Berhak Menuntut Harga 'Display'


Salam 1Malaysia

Haha..korang mesti heran apa kena mengena gambar lampin pakai buang MamyPoko dengan tajuk entri "Pihak Pasaraya Lupa Buang Harga Promosi Tapi Kita Berhak Menuntut Harga 'Display'. Bukan apa, ni aku nak cite pengalaman aku masa beli diapers adik & kakak kat pasaraya C-Mart (korang tak duk kat Changlun ni tak kenal la nama C-Mart tuh yg jual barang murah..)

Biasanya, kalo beli barang-barang apa pun, masa nak bayar kami akan tengok harga yang di scan kat kaunter ataupun tengok semula kat resit untuk double check sama ada harga 'display' sama tak dengan harga yang tercatat kat resit. Tapi hari tu, hubby aku lupa nak tengok masa staf tu scan, so check balik kat resit tengok2 diaper kakak harga RM 35.90 dan harga 'display' RM 30.90. So, hubby aku masuk balik tanya kat dalam mana satu harga yang sebetulnya. Staf tu kata harga RM 35.90 bang..hubby aku kata plak kenapa display harga RM 30.90. Terkedek-kedek la staf tu jalan pi check harga 'display' betol tak RM 30.90..Lepas tu dia kata RM 30.90 tu harga promosi semalam & diorang lupa tukar harga. Staf tu cakap gan hubby aku tunggu jap, dia nak cakap dengan department yg keep in harga. Lepas tu, staf tu scan balik MamyPoko tu tertera harga RM 30.90 dan pulangkan balik RM 5 kat hubby aku..


Huggies Dry ni untuk adik, tertera pek nilai harga RM 34.90 kan, tapi harga pasaraya C-mart ni jual RM 33.90..biasanya diorang akan jual harga lebih rendah dari pek tu. Pernah aku beli kat Jitra, memang kurang ajar giler, pihak pasaraya tu tindih harga pek nilai harga RM 34.90 menjadi harga RM 37.90. Aku rasa macam stiker harga tu ditindih, so aku buka la pelan2 sticker tu, tengok2 memang betol pasaraya tu jual harga lebih tinggi dari harga yang dicadangkan oleh pengeluar..

Mungkin bagi orang berduit tak kisah dengan nilai RM 5, RM 6, RM 7..tapi bagi aku nilai duit tu cukup bermakna. 




3 comments:

diana said...

bagus la pengurusan macam tu..tak la nampak menganiaya pelanggan.walauopun pasaraya kecik tapi bertanggungjawab ..kan??

fiza said...

jom la try guna CD...memang boleh jimat banyak...lagi2 adik & kakak boleh share CD yg sama...

sekali beli memang terasa...tapi boleh jimat untuk jangkamasa panjang :)

azi said...

Salina..
Kak Azi selalu terkena...kat Tesco SP ni, diorang selalu lupa nak buang harga promosi...baru ni Kak Azi tengok kat rak tu kusyen kecil cuma berharga RM 9.90.(Harga promosi) harga asalnya RM.18.90 . Kak Azipun ambiklah 10 biji...bila nak bayar aje, dia kata harga kusyen tu RM 15.90....sakit hati betul...kalau kita tak hati-hati, memang terkena...

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...