Biru warna ku...para penyokong Cardiff bangga dengan warna biru. |
Pemilik kelab bola sepak Cardiff City menimbulkan kemarahan di
kalangan peminatnya apabila bercadang untuk menukar jersi kelab itu
daripada warna biru kepada merah yang terkenal dengan gelaran "Bluebird" (burung
layang-layang) dengan jersi biru sebagai ikon
Tan Sri Vincent Tan, pemilik kelab itu dari Malaysia
bercadang untuk menukar jersi kelab tersebut kepada warna merah kerana
percaya ia membawa nasib lebih baik, lapor akhbar The Sun.
Maka simbol burung
layang-layang pada logo akan digantikan dengan naga, iaitu sama pada bendera kebangsaan
Wales yang turut membawa makna berkuasa, kuat dan bernasib baik dalam
budaya masyarakat Cina.
BBC memetik jurucakap kumpulan penyokong Cardiff City sebagai
berkata, keputusan untuk menukar warna dan lencana sudah pun dilakukan. Bagi meredakan kemarahan, konsortium Vincent dilaporkan menawarkan
pelaburan 100 juta pound (hampir RM500 juta) untuk para pemain, padang
latihan baru dan membaik pulih stadium.
No comments:
Post a Comment