Thursday, May 10, 2012

Gambar Yatt Hamzah Bertudung|Terima Tawaran Berlakon Jika Sesuai Dengan Imej Bertudung




Ramai yang sudah mengetahui akan penghijrahan pelakon dan pengacara terkenal, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 32, sejak hampir sebulan lalu yang tampil lebih ayu dengan mengenakan tudung.

Penghijrahannya bermula setelah terlibat dalam aktiviti usrah yang turut disertai rakan artis, Irma Hasmie sejak Disember tahun lalu sedikit sebanyak membuka pintu hatinya untuk bertudung.

Berkecimpung sebagai anak seni, ibu kepada Suci Hanania Malika Abdul Mutalib, 2, ini tidak pernah menganggap penghijrahannya telah menutup pintu rezekinya.


Menurut wanita kelahiran Muar, Johor ini, sehingga kini, dia masih menerima tawaran lakonan seperti biasa, cuma dia sendiri yang terpaksa menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej barunya.

“Alhamdulillah, semenjak bertudung ini banyak tawaran lakonan yang saya dapat tetapi saya terpaksa menolak dengan cara baik.

“Ini kerana, kebanyakan watak memerlukan saya membuka tudung. Walaupun hanya seketika seperti babak di rumah, saya tidak sanggup melakukannya, maka lebih baik saya menolak tawaran itu,” katanya kepada Zass.

Tidak mahu melanggar prinsip semata-mata mengejar tawaran lakonan, kata Yatt, dia semakin selektif dalam memilih watak agar batasannya sebagai wanita Islam sentiasa dijaga.

“Dalam lima tawaran lakonan bulan ini, ada sebuah drama yang saya terima kerana tidak perlu membuka tudung.

“Walaupun terpaksa diturunkan pangkat daripada pelakon utama kepada pelakon pembantu, saya tidak kisah asalkan tidak perlu mengorbankan prinsip saya,” katanya yang tidak mahu lagi membawakan watak wanita penggoda seperti yang selalu dibawakannya sebelum bertudung. Baca lebih lanjut sila ke berita Sinar Harian.



No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...