Sunday, May 6, 2012

Bandar 1Malaysia Bakal Dibina Di Kuching



KUCHING – Kementerian Perumahan Sarawak melalui Perbadangan Pembangunan Perumahan (HDC) merancang untuk membina sebuah bandar 1Malaysia di Kuching, kata Menterinya, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, bandar tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kedai 1Malaysia, klinik 1Malaysia selain harga rumah yang lebih berpatutan sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tentang lokasi yang sesuai untuk projek terbabit yang sudah pun mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Projek terbabit akan menjadi contoh kepada pembangunan perumahan di kawasan bandar selari dengan peningkatan gaya hidup di bandar yang moden dan maju dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian karnival ulang tahun ke-40 HDC di Wisma Sultan Tengah di sini hari ini.

Mengenai masalah pinjaman perumahan yang sering dihadapi pekerja swasta yang berpendapatan rendah, beliau berkata, satu jawatankuasa telah dibentuk berhubung usaha untuk menubuhkan sebuah agensi pinjaman khas di bawah Kementerian Perumahan.

Katanya, ketika ini jawatankuasa terbabit yang dipengerusikan oleh timbalannya Abdul Karim Rahman Hamzah sedang mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

“Jika penubuhan agensi ini diluluskan, pembeli rumah akan lebih mudah mendapat pinjaman berbanding permohonan di bank yang terlalu rumit serta perlu mendapat kelulusan dari ibu pejabat di Kuala Lumpur yang kurang kurang arif tentang projek perumahan di Sarawak,” katanya.

Menurutnya selain untuk projek perumahan di bawah pihak HDC, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perumahan Rakyat 1Malaysia, agensi terbabit juga boleh memberikan pinjaman untuk projek rumah panjang di bawah HDC. – BERNAMA

2 comments:

Mizz ErMa said...

wah, untung lah rakyat kuching nanti..hehe

mama aini said...

ehem..org2 kucing jgn lepaskan peluang ini..

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...