Saturday, June 2, 2012

Zizan Razak Juara Super Spontan, Membawa Pulang RM 100,000 Dan Kereta Toyota Camry 2.0G

Pelawak Zizan Razak menyambut gelaran juara Super Spontan dengan reaksi sebak pada pertandingan akhir yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka Finas, di sini, malam Jumaat.

Zizan menang dengan 48.7 peratus undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton dan membawa pulang wang tunai RM100,000 serta sebuah Toyata Camry 2.0G.

Tempat kedua pula berpihak kepada Johan dengan 45.4 peratus undian dan memenangi RM50,000 dan trofi.

Zizan sebak Tatkala dinobatkan sebagai juara Super Spontan musim pertama, Zizan dilihat kelihatan sebak dan Zizan juga menyangkal kemenangannya berdasarkan populariti beliau yang sedia ada berbanding peserta lain. 
“Saya percaya undian penonton bergantung kepada tahap kelucuan aksi spontan peserta. Apa pun, saya harus berterima kasih kepada peminat saya dan Jozan atas sokongan mereka,” katanya yang turut mendedikasikan kejayaan itu kepada Johan.

Johan yang bergelar naib juara berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk bergelar juara dalam sesuatu pertandingan atau acara yang membabitkan undian SMS.

Namun, katanya dia percaya turut mempunyai peluang untuk merebut tempat di antara tangga kedua dan seterusnya.

 
Johan bergelar naib juara.

“Bagi saya sokongan penonton sama ada menerusi undian atau dengan tepukan pada persembahan saya sekali pun adalah memadai.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk bergelar juara apabila sesuatu pertandingan atau acara membabitkan undian SMS tetapi saya percaya peluang untuk berada di antara naib juara hingga tempat ke-10 itu ada,” katanya.

Pentas akhir Super Spontan disiarkan secara langsung pada Jumaat pukul 10 malam menerusi tiga saluran serentak iaitu Astro Warna (saluran 132), Astro Mustika HD (saluran 134) dan SingTel Mio TV di Singapura. (Mstar)

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...