Saturday, June 2, 2012

Konsert K-Pop: Shabery Cheek Mohon Maaf

"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan berjanji bahawa pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

Beliau mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.
Ahmad Shabery berkata, beliau menerima baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, sepanjang program lima hari itu, sebanyak 500 acara diadakan dan kemungkinan ada "beberapa acara perlu dilihat kembali" oleh kementerian.
Jika belia atau beliawanis sendiri yang mencari DVD/CD K-Pop ok la lagi sebab untuk diri mereka sendiri, tapi beza dalam himpunan belia ni mereka pulak disajikan dengan aksi-aksi K-Pop oleh pihak penganjur. Renung-renungkanlah untuk kebaikan bersama.

Malaysiakini


No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...