Friday, June 1, 2012

Lan Pet Pet Tank Nak Kongsi Kisah Keluarga, Bimbang Diancam


Mazlan atau lebih popular dengan panggilan Lan Pet Pet mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan apa-apa tentang kisah keluarga termasuklah soal dia sudah memiliki anak ataupun belum. Beliau memberitahu keputusan itu dibuat bagi mengikut kehendak isterinya iaitu Robithoh Abu Bakar @ Che Wan, 33, yang enggan kisah peribadi keluarga dikongsi dengan orang ramai.

Jika difikirkan betol juga tindakan Lan Pet Pet ni yang mana bertujuan untuk melindungi keselamatan keluarganya yang mungkin boleh diancam oleh pihak-pihak tertentu yang tidak menyukainya.

Lan Pet Pet juga berkata, tak semua orang suka dengan lawaknya, ada yang membenci. Jadi jalan terbaik ialah tidak menceritakan apa-apa perkara sekalipun tentang hal-hal keluarga. Cara itu lebih selamat.

Sementara itu, Lan akui dia kini semakin kurang menerima publisiti selain wajahnya jarang muncul di televisyen walaupun sebenarnya dia terlalu sibuk dengan pelbagai projek filem yang masih lagi dirahsiakan judulnya.

Malah, dia bersama kumpulan Senario turut merancang pelbagai projek selain memberi fokus kepada sitkom Senario yang sedang disiarkan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.

Dalam pada itu, Lan Pet Pet turut sibuk sebagai pelatih basikal untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Mstar


2 comments:

KhaiRin : anies said...

bgs la gitu

Aine Ainun said...

bagus jugak kan....


tapi andaikata org tau pun..
susah nak elak, dah dunia artis begitu===---

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...