Monday, June 4, 2012

Elak Diri Dari Dekati Dosa Besar

Zaman sekarang anak-anak bebas dalam pergaulan mereka sehingga boleh terjebak dalam pelbagai masalah sosial yang boleh merosakkan akhlak dan moral anak-anak muda. Ibu bapa yang terlampau sibuk mencari rezeki sehingga terleka dan mengabaikan anak-anak. Lantas anak-anak mencari kasih sayang di luar, iaitu rakan sebaya dan insan-insan yang memahami jiwa dan naluri mereka. Lebih menyedihkan lagi, ada ibu bapa yang langsung tidak menyedari anak dara mereka 'diusang' oleh lelaki yang bukan mahramnya dan anak-anak lelaki kita pula pantas melangkah ke disko atau kelab malam dengan 'mengusung' anak dara orang. 

Tapi mereka berkata, kami tidak buat apa-apa, sekadar berhibur, pegang tangan dan ringan-ringan jer. Itu pun salah ker?

Persoalannya APAKAH hukum seorang Muslim mendekati perkara yang menyebabkan dosa besar seperti selalu ke tempat perjudian dan berpegangan tangan dengan wanita bukan mahram? Sebagai ibu bapa kita hendaklah sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada anak-anak remaja kita berkenaan soal pergaulan bebas dan destinasi yang dituju oleh anak-anak.

Perlu diingatkan, semua perkara yang mendekati dosa besar perlu dihindari. Sebab itu, Allah berfirman dalam surah al-Isra dengan maksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat” (Q.17: 32). Mendekati dosa besar semestinya dihindarkan.

Ia termasuk dalam perkara haram jika dilakukan. Memasuki pusat perjudian dikira bersubahat walaupun tidak berjudi. Memegang tangan wanita adalah haram walaupun tidak berzina.

Begitu juga, seorang lelaki haram menyentuh mana-mana wanita bukan mahram kecuali ada ikatan suami isteri.
 
 
 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...