Saturday, June 2, 2012

Diana Danielle Terima Cincin Farid Kamil

Pelakon Diana Danielle akui cincin mas putih bertahtakan sebutir berlian yang disarung ke jari manisnya, merupakan pemberian daripada sang kekasih hatinya, Farid Kamil.

Namun, Diana Danielle menafikan cincin itu merupakan tanda dia sudah mengikat tali pertunangan atau merisik.

Sebaliknya ia hanyalah hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka.

"Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini.

"Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja," katanya yang mengelak untuk mengulas lanjut.

Pelakon Magika itu diminta mengulas selepas dia dilihat mengenakan cincin tersebut ketika majlis tayangan perdana filem yang dibintanginya iaitu Jiwa Taiko yang berlangsung di e@Curve.

Dalam pada itu, Diana Danielle yang ditemani oleh Farid ketika tayangan perdana tersebut berkata, hubungan mereka sedang dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.

"Kami memang merancang hendak berkahwin tetapi belum dapat pastikan sama ada tahun ini atau tahun hadapan kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa.

"Takut nanti lain jadinya dan kita juga tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.

"Apa yang boleh saya beritahu, bila semua benda sudah selesai dan kami sudah setuju untuk memberitahunya, saya akan umumkannya juga," luahnya lagi.

Malah, apabila ditanya adakah Farid Kamil tidak cemburu dengan adengan romantiknya yang berpelukan dan berciuman bersama Remy Ishak di dalam filem tersebut, Diana Danielle menjawab dia bersyukur kerana Farid memahami.

"Tiada masalah kerana dia sangat memahami dan dia juga tahu apa yang dilihat itu hanya adalah camera trick sahaja.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...