Sunday, August 7, 2011

(Gambar) Mr. Bean Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Dasyat sungguh kereta Mr. Bean ni ye. Mestilah beliau mampu untuk memiliki kereta sedemikian rupa kerana hanya seorang saja insan yang mempunyai watak gila macam Mr. Bean ni. Watak Mr. Bean yang gila ker atau aku yang gila. Kenapa? hehe.. sebenarnya aku tak suka & benci dengan watak Mr. Bean ni. Sakit hati aku tengok dengan lawak bodoh dia yang kadang-kadang mementingkan diri sendiri. Itu dulu la. Kini, aku dah terikut-ikut juga tengok cerita Mr. Bean ni kesan daripada pengaruh hubby dan anak aku. Diorang berdua tu suka sangat menonton cite Mr. Bean, siap gelak-gelak lagi mana aku leh tahan kan..

Macam ni la gaya dan kepuasan yang ingin dinikmati oleh orang yang kaya raya sepertinya suka memandu kereta dengan kelajuan yang melebihi had laju.


LONDON: Aktor Rowan Atkinson yang terkenal dengan watak Mr. Bean mengalami kemalangan apabila terbabas di bahu jalan pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, Rowan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu.

Seperti dipetik TMZ, Rowan yang memandu kereta berkuasa tinggi F1 McLaren dipandu dalam keadaan laju di Cambridgeshire, London sekitar pukul 7.30 pagi.

Dia hilang kawalan dan kereta yang dipandunya berputar tiga kali sebelum melanggar bahu jalan. Namun begitu kereta tersebut remuk dibahagian depan dan Rowan dibawa ke hospital berhampiran.

Kereta jenis McLaren F1 merupakan salah satu kereta termahal dan ia hanya dikeluarkan sebanyak 100 buah di seluruh dunia.Via - Mstar Online

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...