Saturday, August 13, 2011

Polis Memberi Amaran Supaya Tidak Menyertai Perhimpunan Haram Di Kuching

KUCHING 12 Ogos — Polis hari ini mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan anjuran Gerakan Untuk Perubahan Sarawak (MoCS) esok kerana tiada sebarang permit dikeluarkan untuk tujuan itu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, polis telahpun mendapat perintah mahkamah semalam (11 Ogos) untuk mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan tersebut jika mereka masih lagi enggan mematuhi arahan yang telah diberikan polis.

"Polis juga telah diberikan kuasa untuk menahan sembilan indidivu termasuk Ketua MoCS Franchis Siah sendiri jika mereka turut berada di kawasan sekitar halaman Muzium Sarawak petang esok,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, untuk memastikan keadaan terkawal, pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa lokasi strategik sekitar kawasan yang dirancang untuk perhimpunan itu.

Menurutnya polis juga sudahpun bersedia dengan beberapa strategi untuk mengawal sebarang perhimpunan haram berdasarkan kepada beberapa pengalaman sebelum ini. — Bernama

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...