Monday, August 8, 2011

Noraniza Idris Akan Berkahwin Selepas Raya Aidilfitri

Gambar - Kredit Utusan Online

Penyanyi Irama Malaysia yang famous satu ketika dulu iaitu Noraniza Idris @ Kak Ani, 43, akan berkahwin dengan pasangannya, Jeffri Iman, 52, seorang ahli perniagaan dan majlis pernikahan akan diadakan di Johor selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Pihaknya juga bercadang bersanding pada Program Kahwin-kahwin Mashur Malaysia Johor di Plaza Angsana, Johor.
Menurut Noraniza, selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga setelah dilamar Jeffri. Beliau yang bertemu dengannya Jeffri Iman ketika menjayakan program amal beberapa bulan lalu di sebuah masjid dan ketika itu beliau ingin menyerahkan tabung jualan amal kepada salah seorang ustaz di masjid tersebut.

Noraniza sebelum itu, sudah mengikat tali pertunangan dengan duda anak empat itu pada 22 April lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah abang sulungnya di Kong Kong, Masai. Menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki dan pihaknya membalas dengan 11 dulang.

Tahniah buat Noraniza Idris dan semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan untuk majlis perkahwinan beliau nanti.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...