Thursday, August 18, 2011

Kad Kahwin Memey Suhaiza & Norman Hakim

Gambar - kredit Mstar, Kad Kahwin Memey & Norman Hakim
wow...so sweet, red color- lambang cinta yang hangat dan membara kata orang. Semoga rumahtangga pasangan Norman Hakim & Memey Suhaiza ni sentiasa hangat dan membara. Menurut Mstar, pasangan ini telah mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad kahwin mereka.

Majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 September depan di rumah pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi Johor. Menurut Memey, sebanyak 1,200 keping kad telah diedarkan untuk saudara terdekat dan media manakala cetakkan kedua sebanyak 2,000 keping akan diagihkan kepada tetamu jemputan.  

Pasangan ini mendapat tajaan bernilai RM12 juta untuk majlis di Kuala Lumpur. Wah..sungguh bertuah badan Memey Suhaiza dapat memakai pelbagai barangan mewah dan eksklusif dihari bahagia beliau nanti.

Kad undangan rekaan Luts Design ini memaparkan gambar eksklusif pasangan bakal pengantin mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail dan menggunakan jurugambar profesional Anas Easkey.

Mereka memilih majlis resepsi berkonsepkan dalam taman yang akan diadakan sehari selepas itu pula menampilkan Hatta Dolmat sebagai pereka fesyen untuk majlis persandingan. Manakala Rizman Ruzaini bagi acara potong kek.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...