Thursday, August 18, 2011

Benjy Didenda RM 5,000 Kerana Memiliki Syabu


Berkat bulan Ramadhan dan mungkin juga termakbulnya doa seorang ibu menyaksikan Benjy hanya dikenakan denda sebanyak RM5,000 selepas didapati bersalah memiliki 0.24 gram syabu, tahun lalu dan tidak kena penjara. Diharap perkara tersebut memberi kelegaan dihati ibu yang bimbangkan keadaan anaknya.

Benjy bebas dari tuduhan setelah saksi memberi keterangan dan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. Sebelum ini, Benjy didakwa memiliki dadah, pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut. 

Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun. Sebelum ini, beliau pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor di bawah Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 sehingga dibebaskan pada Mac lalu.

Kesian juga dengan Benjy, semasa dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar menyebabkan dia mendapat asma kerana keadaan dalam sel, lantai yang sejuk, habuk dan air dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Muar sebanyak lima kali bagi mendapatkan rawatan alat bantuan pernafasan (ventilator).

Semoga Benjy insaf akan perbuatannya dan berazam tidak akan mengulanginya lagi dimasa akan datang.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...