Friday, August 12, 2011

Asyraf, Pelajar Malaysia di London Sihat Dan Umno Menaja Ibu Bapa Beliau Ke London

Menurut Bernama - Melalui Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO akan menaja kos perjalanan ibu bapa dan adik bongsu kepada pelajar Muhammad Asyraf Haziq yang diserang sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan di London Isnin lalu, untuk ke ibu negara Britain itu. 

Beliau berkata UMNO terpanggil untuk membantu keluarga Muhammad Asyraf Haziq yang kini khuatir dengan keadaan anak mereka itu memandangkan mereka bukan berasal daripada keluarga berada dan perjalanan mereka memerlukan perbelanjaan minimum RM20,000. 



Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa pelajar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, tajaan ke London adalah untuk memudahkan dan meringankan perjalanan keluarga Asyraf memandangkan Rossli Harun iaitu bapa Muhammad Asyraf Haziq merupakan pesara tentera, manakala ibunya Maznah Abu Mansoor ialah guru tadika dan tanggungan mereka di sana akan ditaja sepenuhnya oleh pihak Kelab UMNO di London. 

Kini, Muhammad Asyraf Haziq, 20, telah selamat menjalani pembedahan di Hospital Royal London dan keadaannya dilaporkan stabil dan boleh dibenarkan keluar daripada hospital. Bagaimanapun, menurut Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, Asyraf, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan masih tidak dikeluarkan daripada hospital atas sebab tertentu.
 
Muhammad Asyraf juga sudah selamat menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik serta sudah boleh keluar daripada hospital. 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...