Thursday, August 11, 2011

Noraniza Idris Bakal Berkahwin 29 September 2011


Menurut sumber yang aku baca di internet, Noraniza Idris atau Kak Ani dengan panggilan mesranya bakal berkahwin dengan pasangan hidupnya, Jeffri, 52, pada 29 September ini jam 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana Johor, Johor Bharu. Majlis yang diadakan secara terbuka ini diadakan bersempena dengan Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011.

Dua kali gagal dalam perkahwinan tidak sama sekali menjadi penghalang buat penyanyi etnik kreatif ini untuk membuka pintu hatinya kepada insan bernama lelaki. Bakal pasangan hidup Kak Ani merupakan seorang bilal masjid dari Singapura, Haji Jeffri Bin Haji Hudi dan Kak Ani menyatakan hatinya terbuka untuk berkahwin sekali lagi selepas melihat sikap duda anak empat itu yang ikhlas untuk mengahwininya.

Noraniza Idris mengenali bakal suaminya pada Ramadhan tahun lepas ketika akademi seni Kak Ani membuat jualan amal untuk membantu anak-anak yatim. Ketika itu Kak Ani menjual kuih-kuih tradisional seperti kuih suji dan tart. Kebetulan pada masa itu, bilal tersebut juga turut terlibat dengan kerja amal yang disertai Kak Ani.

Selepas perkenalan tersebut, ustaz mula menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kak Ani dan yang menarik perhatiannya ialah ustaz banyak menghantar mesej-mesej berunsur keagamaan dan membimbing saya beliau dan menyifatkan bahawa diri mereka bukannya muda lagi untuk bercinta-cinta.

Selepas mengenali hati budi masing-masing, akhirnya ustaz melamar Kak Ani pada 25 September tahun lepas. Kak Ani mengambil masa untuk berfikir tentang perkara tersebut sehingga awal tahun ini dan akhirnya, beliau memilih untuk bertunang pada 22 April lalu. Kak Ani juga menyatakan memang menakutkan dan serik untuk berkahwin lagi. Tapi bila ustaz selalu mesej, dari situ datang rasa tanggungjawab untuk mengambil berat antara satu sama lain. Bila bersama ustaz, Kak Ani merasakan timbul keserasian antara kami.

Menurut Ustaz Jeffri pula, beliau tertarik dengan bakal isterinya bukan kerana populariti Kak Ani sebagai artis, tetapi keraan sifat tunangnya itu yang penuh berwibawa dan mengakui tersentuh apabila mendengar sejarah silam perkahwinan Kak Ani sebelum ini.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...