Friday, August 12, 2011

Video Asyraf Haziq - BBC News




Kagum aku tengok video ni. Bukannya aku nak highlight pasal kes Asyraf kena rompak atau belasah pun dan bukan juga pasal kualiti video ni pun atau pasal BBC News ni ke, tidak sama sekali. Cuma aku kagum dengan budak yang bernama Muhammad Asyraf Haziq ni yang mana baru jer sebulan dia berada di bumi London tu tapi lihat la cara atau sleng dia bercakap Bahasa Inggeris, macam sleng orang putih jer.

Kat mana lah agaknya budak ni belajar dulu dan sapa yang ajar dia bercakap omputih tuh..mau jugak anak aku mengikut jejak langkah seperti budak nih. Aku yakin dia mesti dah belajar bercakap sleng macam tu masa kat Malaysia lagi.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...