Monday, August 15, 2011

Berpuasa Dan Mengerjakan Umrah di Mekah Pada Bulan Ramadhan Semakin Menjadi Budaya Rakyat Malaysia Yang Berkemampuan

Masjidil Haram tidak pernah sunyi dengan kunjungan umat Islam dari serata pelosok dunia
Menunaikan umrah merupakan perkara yang sunat jika dilakukan. Apatalah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barkahnya. Bagi mereka yang mampu amatlah beruntung dan perlu bersyukur, kalau yang tidak mampu pun berusahalah untuk kita mengerjakannya sekali seumur hidup. Golongan yang berkemampuan dari segi kewangan, tenaga dan kudrat amat lah bertuah dan merupakan satu bonus keranan golongan2 ini lah yang akan mendapat kelebihan dan menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram pada Bulan Ramadhan dan penghujung Ramadhan untuk mendapatkan segunung ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Doaku, semoga kami sekeluarga dapat rezeki yang murah untuk menjadi tetamu Allah di Masjidil Haram suatu hari nanti. Amin..
ANTARA nikmat yang paling besar bagi umat Islam adalah peluang atau kesempatan berada pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ia juga digelar Syahrul Quran kerana di dalamnya diturunkan al-Quran pada 17 Ramadan.

Justeru itu, ramai dikalangan umat Islam di Malaysia memilih bulan Ramadhan untuk memunaikan umrah dan bilangannya semakin bertambah walaupun kos untuk ke sana semakin meningkat. Jelas sekali mereka sanggup membayarnya walaupun kos yang tinggi kerana ganjaran pahala yang Allah janjikan tiada tandingan dengan nilai wang. Sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)

Masyarakat Arab begitu menunggu-nunggu ketibaan Ramadan. Ini dibuktikan apabila Masjidil Haram padat dan sendat pada setiap kali solat fardu. Di Masjidil Haram, kedatangan Ramadan disambut begitu meriah. Bagaikan pesta ibadat di mana setiap ruang dan inci masjid sentiasa dipenuhi mereka yang beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT.

Tips untuk mendapat tempat yang selesa ketika dalam ruang masjid untuk beribadat di Masjidil Haram. Semoga tips ini menjadi panduan untuk kita semua apabila kita diizinkan masa untuk menjadi tetamu Allah suatu masa nanti.

a) Umumya - Seseorang itu perlu bergerak ke sana sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu solat fardu.

b) Untuk solat Jumaat pula - Kita perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu solat pada pukul 12.30 tengah hari. Namun, tiada yang merungut.

c) Bagi yang datang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat. Sebabnya terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau berada di dataran putih. 

d) Jika ingin melihat orang 'bertengkar' mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100,000 berbanding di masjid lain.

Aktiviti Tetamu Allah Semasa Di Masjidil Haram

1. Selesai solat fardu, biasanya disusuli solat jenazah. Ini antara peluang menambah saham akhirat kerana sudahlah pahalanya 100,000, ia ditunaikan dalam bulan Ramadan.

2. Dalam hadis disebut bahawa pahala ibadat sunat diberi ganjaran ibadat fardu manakala ibadat fardu pula digandakan 70 kali. Demikian hebatnya bonus yang dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan.

3. Disebabkan ganjaran itu juga, ramai kalangan jemaah yang beriktikaf hampir setiap hari di masjid. Selepas solat fardu, mereka solat sunat diikuti dengan membaca al-Quran. 

4. Selepas itu, mereka tidur sebentar. Bangun tidur, terus sambung membaca al-Quran dan solat sunat yang lain. Demikianlah rutin bagi 'para penghuni' Masjidil Haram sepanjang Ramadan.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...