Monday, August 15, 2011

Menggunakan Pengangkutan Awam Dapat Mengurangkan Risiko Kemalangan

Jenis-jenis pengangkutan Awam Di Malaysia
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan memberitahu bahawa dari hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang dibentangkan kepada pihak JPJ baru-baru ini mendapati pengangkutan awam dilihat lebih selamat untuk orang ramai untuk pergi ke destinasi masing-masing. Dalam hal ni memang aku setuju bebenor, tapi mahu dan rela kah kita untuk berbuat demikian.

Manakala, segelintir pengguna kenderaan persendirian berdepan risiko kemalangan disebabkan pelbagai faktor seperti baru mendapat lesen, tidak pakar menggunakan lebuh raya dan belum bersedia menangani kesesakan. Bahkan, risiko kemalangan menggunakan pengangkutan awam didapati tujuh kali lebih rendah daripada menggunakan kenderaan persendirian, dan 48 kali lebih selamat daripada motosikal.


Menurut Datuk Solah juga, lebih 1,500 bas ekspres yang bakal digunakan pada musim raya tahun ini lulus pemeriksaan JPJ, dan agensi itu akan menempatkan kira-kira 3,500 kakitangan untuk bertugas sepanjang musim perayaan. 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...