Monday, August 8, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011/1423H


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Kata Fitrah yang ada merujuk pada keadaan manusia saat baru diciptakan sehingga dengan mengeluarkan zakat ini manusia dengan izin Allah akan kembali fitrah.

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011
Kelantan
RM 7.00
Selangor
RM 7.00
Johor
RM 7.50 / RM 5.00
Pahang
RM 7.00
Kedah
RM 7.00
Perak
RM 7.00
Pulau Pinang RM 7.00
Negeri Sembilan
RM 6.50
Melaka RM 6.50
Perlis
RM 6.00
Terengganu RM 5.00 / RM 7.00 / RM 8.00
Sarawak
RM 6.20
Sabah
RM 7.00
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan)
RM 7.00


Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

  1. Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya.
  2. Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.
  3. Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan.
  4. Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal.
  5. Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.
Berita baik kerana bayaran zakat fitrah online akan dipertimbang

KUALA LUMPUR 5 Ogos — Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan supaya pembayaran zakat fitrah dapat dibuat secara dalam talian menerusi portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata proses itu boleh dilaksanakan sepertimana pembayaran zakat pendapatan dan zakat perniagaan.

“Jika sistem pembayaran itu dilaksanakan, umat Islam tidak perlu gusar kerana pembayaran zakat seumpama itu dikira sah dari segi akadnya walaupun dibuat secara online.

“Kebiasaannya pembayaran zakat firtah dibuat melalui amil-amil yang telah dilantik tetapi Insya-Allah cadangan ini akan kita pertimbangkan di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula portal PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini malam tadi.

Jamil Khir berkata cadangan sebegitu mempunyai kebaikan memandangkan pembayaran zakat perniagaan dan zakat pendapatan yang diadakan melalui online sejak tahun lepas mendapat sambutan hebat khasnya daripada mereka yang berumur bawah 40 tahun. – Bernama

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...