Friday, August 19, 2011

Datuk Siti Nurhaliza Tunaikan Umrah Bersama Suami

Gambar - Kredit Mstar Online
Bertuah sungguh insan yang bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang juga isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) kerana saban tahun berkesempatan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Siti juga mengakui kehidupannya tidak akan lengkap jika dia tidak menunaikan umrah setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, tambah beliau mula merindui Mekah selepas kali pertama menjejakkan kaki pada tahun 1997.
Datuk Siti juga telah mengerjakan Haji pada tahun 2008. Walaupunpun sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan ini, Iti tetap berkesempatan untuk melakukan umrah dan setiap kali ke sana, Siti sering mendoakan keberkatan dalam kehidupannya serta perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat. Semoga Siti mendapat hidayah sepenuhnya dari Allah SWT pada bulan yang penuh barakah ini dan moga rezeki beliau semakin bertambah untuk dikongsikan bersama insan-insan yang memerlukan bantuan.

Doaku, semoga rezeki kami sekeluarga juga bertambah untuk sama-sama membantu insan-insan yang tidak berkemampuan, disamping dapat membuat amal jariah untuk saham AKHIRAT di sana nanti. Amin.

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...