Thursday, August 18, 2011

Anugerah Wanita WIM Mahukan Calon Dari Keluarga Miskin Yang Berjaya

Gambar - Kredit Berita Harian
Sungguh bertuah wanita zaman sekarang kerana usaha dan pengorbanan meraka sentiasa dihargai. Justeru itu, Institut Pengurusan Wanita (WIM) sedang mencari wanita yang berasal daripada keluarga miskin dan serba kekurangan, tetapi berjaya menjadi profesional dan usahawan berjaya, untuk diberikan anugerah dua tahun sekali institut itu. Datin Seri Rosmah Mansur juga turut diberi keahlian seumur hidup.

Anugerah yang diberi nama Anugerah Wanita Inspirasi Tun Dr Siti Hasmah-WIM kini sedang mencari calon dan mempelawa orang ramai mencalonkan wanita yang memenuhi kriteria bagi anugerah tersebut. Anugerah itu disifatkan unik kerana ia memberikan pengiktirafan kepada wanita berjaya yang berasal daripada keluarga miskin dan serba kekurangan.

Bakal penerima anugerah itu akan menjadi ikon atau lambang harapan dan galakan kepada golongan wanita daripada keluarga kurang kemampuan untuk berusaha lebih kuat bagi mencapai kejayaan dalam bidang apa jua yang diceburi.

Borang pencalonan boleh didapati secara online di www.wimnet.org.my atau di pejabat WIM dengan menghubungi talian 03-7725 0268. Tarikh tutup pencalonan 30 September. 

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...