Monday, August 8, 2011

Resepi Apam Polkadot Kukus Berwarna-Warni


Dah lama cari resepi Apam Polkadot Kukus ni, tengok cik tom update blog dia dengan resepi ni, apa tunggu lagi, mintak izin copy la. Tapi nak membuatnya entah bila belum tahu lagi la. bz memanjang jer, Takpelah, buat koleksi jer dulu. Nak buat nanti kodek-kodek la balik ye..

Foto: inhousecakes

Resepi Apam Polkadot Kukus Berwarna-Warni
resepi: shell@myresepi

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

Cara-cara penyediaan apam polkadot

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

3. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

5. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

6. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.






No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...