Friday, August 12, 2011

Resepi Muffin Coklat With Almond Flakes




Bahan-bahan ( 10 biji )

* 200g coklat masakan

* 70g mentega
* 2 biji telur
* 50g gula halus
* 60g tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Almond flakes secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  4. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  5. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Taburkan almond flakes ke atasnya sehingga hampir penuh permukaan. Bakar selama 20 minit.
  6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula 
Tips untuk dapatkan muffin yang membumbung tinggi:
1. Kena panaskan dulu oven ke suhu tinggi sehingga 200c-230c) 
2. Turunkan suhu 170c apabila dah masukkan muffin dalam oven 
3. Muffin ni dah dekat nak masak baru dia naik,so isi hampir nak penuh pun tak apa..
 
Sumber Resepi: Yani@myresipi.com

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...