Thursday, August 18, 2011

Menjelang Aidilfitri Diskaun Tol Pada 30 & 31 Ogos

Awas!!! Anda sedang diperhatikan. Memandulah dengan kelajuan yang ditetapkan

Macam tahun-tahun sebelum ni lah, pasti pengguna lebuhraya akan menerima diskaun bagi perjalanan mereka sempena Aidilfitri tahun ini. Tapi kami terkecuali lah, dah lalu ikut udara takde lah tolnya. Pada tahun ini, para pengguna lebuhraya bakal menerima diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini. Diskaun tol pun dah dapat, cuma tinggal sikap kita untuk memandu dengan gaya yang selemat dan berhemah.
Berikut adalah 24 lebuh raya bertol di seluruh negara yang akan menerima manfaat diskaun sempena Aidilfitri:

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK). 

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). 

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE). 

Lebih menguntungkan lagi apabila pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari.

~ Berhati-Hati Dijalan Raya~

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...