Sunday, August 7, 2011

Ahad Hari Terakhir Permohonan Biasiswa JPA

Bagi sesiapa yang terasa dirinya layak untuk mendapatkan tajaan atau biasiswa JPA, hari inia dalah hari terakhir permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara bagi sesi 2011/2012.

Menurut iklan yang disiarkan oleh JPA dalam akhbar-akhbar utama tempatan pada Sabtu, permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran dan mereka yang ingin memohon boleh berbuat demikian melalui aplikasi atas talian http://esilav2.jpa.gov.my.

Mereka juga boleh memperolehi maklumat lanjut mengenai syarat-syarat permohonan, bidang tajaan dan cara memohon dengan melayari alamat yang sama.

Bagaimanapun, calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana Program Penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon. Berita penuh di Mstar Online

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...