Sunday, August 7, 2011

Air Asia Tawarkan Tambang Istimewa Sempena Hari Asean 8 Ogos

Gambar - Sumber internet
Berita baik bagi pelanggan setia tiket penerbangan tambang murah yang mana AirAsia akan menawarkan penerbangan ke destinasi-destinasi dalam Asean dan Malaysia pada kadar diskaun sempena sambutan Hari ASEAN pada 8 Ogos ini. Bagi yang gemar melancong inilah masanya untuk merancang percutian anda bersama keluarga tersayang.

Ketua Bahagian Komersial Serantaunya, Kathleen Tan, berkata: "Dari kota metropolitan Singapura hinggalah ke kuil purba Borobudur, rantau Asean mempunyai begitu banyak destinasi menakjubkan bagi pelancong dan pengembara.

"Sebagai sebuah syarikat penerbangan Asean, tiada cara yang lebih baik bagi kami menyambut Hari ASEAN dan pada masa yang sama, menghadiahkan diskaun istimewa kepada penumpang-penumpang kami melalui rangkaian kami yang luas dalam rantau ini," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

AirAsia berkata tempoh tempahan ialah dari 8 hingga 14 Ogos, 2011, bagi tempoh perjalanan dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2012.

Mereka yang berminat boleh melayari airasia.com atau mobile.airasia.com untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Via - Mstar Online

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...