Sunday, August 7, 2011

Simply Siti Bebas DNA Babi

Macam-macam ada.. Selepas isu pengusaha Kek Lapis Sarawak yang menggunakan mentega Golden Churn  ada DNA khinzir belum pun reda lagi, kini kecoh pulak produk penyanyi no.1 Malaysia - Simply Siti turut mengandungi DNA. Baru-baru ini ada pihak yang mendakwa bahawa produk kosmetik Simply Siti menggunakan berus bulu babi. Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menafikannya dan berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum. Diharapkan Datuk Siti tabah menghadapi dugaan ini ye..Inilah yang dikatakan adat & asam garam dalam dunia perniagaan.
Gambar - Sumber internet

"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.

"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, di sini, Sabtu.

Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.

"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.

"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.

"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.

Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini.
Sumber: Mstar Online

No comments:

Pertandingan Mewarna Adik & Kakak Sertai

Hari ni adik & kakak masuk pertandingan mewarna. Tapi biasalah main dengan anak-anak pra sekolah ni, mak pak plak yang kalut mewarn...